Notis Privasi
1. Pengenalan
Perlindungan dan keselamatan data peribadi adalah amat penting bagi Institut Straumann AG dan syarikat-syarikatnya (“Straumann”). Kami mengumpul dan memproses data peribadi selaras dengan undang-undang perlindungan data dan privasi tempatan yang terpakai, termasuk GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum), serta undang-undang perlindungan data Switzerland.
Adalah penting bagi kami memastikan anda mengetahui jenis-jenis data peribadi yang dikumpul ketika anda melawat laman web kami dan ketika anda mengguna perkhidmatan atau tawaran kami. Kami juga hendak anda mengetahui bagaimana kami mengguna data ini selepasnya. Notis privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, mengguna dan melindungi data peribadi anda daripada manipulasi, kehilangan, pemusnahan atau penyalahgunaan. Perkhidmatan Straumann tertentu mungkin tertakluk kepada maklumat lanjut di mana kami akan sediakan notis privasi tambahan.
2. Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi data peribadi anda?
Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada manipulasi tidaksengajakan atau disengajakan, kehilangan, pemusnahan atau diakses oleh pihak-pihak yang tidak dibenarkan. Langkah-langkah ini bertujuan untuk memastikan kerahsiaan dan integriti data anda serta memastikan ketersediaan dan ketahanan sistem dan perkhidmatan yang memprosesnya. Langkah keselamatan kami termasuk penyulitan data anda, firewall dan perlindungan kata laluan. Langkah-langkah pemprosesan data dan keselamatan kami adalah sentiasa dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi. Namun demikian, sila ambil perhatian bahawa apabila anda melawat laman web dan mengguna perkhidmatan kami, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna peranti yang dilindungi dengan secukupnya (contohnya, perisian antivirus) untuk mengelakkan akses daripada pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
3. Bagaimana kami mengguna data peribadi anda?
"Data Peribadi" merujuk kepada sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti, atau boleh digunakan untuk mengenal pasti anda, contohnya nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel atau butiran invois, atau apa-apa konsep atau definisi serupa yang ditakrif dan dilindungi dibawah undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan. Dalam bidangkuasa tertentu, data peribadi sensitif merupakan satu jenis Data Peribadi yang tertakluk kepada tahap perlindungan privasi yang lebih tinggi, termasuk maklumat kesihatan. Jenis Data Peribadi yang kami akan kumpul daripada anda mungkin berbeza bergantung kepada tujuan pengumpulan dan mungkim memasuki maklumat pengenalan seperti nama, umur dan butiran hubungan dan/atau maklumat kesihatan, sekiranya berkaitan dengan pesakit. Sekiranya persetujuan anda adalah diperlukan oleh undang-undang berkenaan untuk kami mengumpul data peribadi sensitif, kami akan berbuat demikian.
Kami hanya akan mengguna atau mendedah Data Peribadi anda untuk tujuan yang dikumpul, kecuali jika terdapat pengecualian atau asas undang-undang lain untuk pemproses, di mana kami mungkin mengguna atau mendedah Data Peribadi anda untuk tujuan lain mengikut undang-undang yang berkenaan.
Kami hanya mengumpul dan memproses Data Peribadi sekiranya dibenarkan oleh undang-undang atau selepas mendapat persetujuan anda. Kami akan memproses dan menyimpan maklumat anda sepanjang tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang atau sehingga tujuan yang dikumpul telah dipenuhi. Sila lihat seksyen 7 dan 9 di bawah untuk memahami hak-hak anda (mungkin termasuk hak untuk membatal, menarik balik dan memadam, bergantung pada undang-undang yang berkenaan). Kami memperoleh Data Peribadi yang berkaitan dengan anda sama ada secara langsung daripada anda, daripada syarikat pihak ketiga yang kami bekerjasama yang produknya telah anda memperolehi dan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, daripada sumber yang boleh didapati secara umum. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam dokumentasi yang berkenaan atau dalam seksyen tertentu dalam notis ini, Straumann merupakan pengawal data bebas di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Pemprosesan Data Peribadi anda bergantung kepada interaksi anda dengan kami dan memerlukan persetujuan anda atau asas undang-undang lain. Kami akan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
a. Permintaan untuk menghubungi dan mendapat maklumat
Kami mengguna Data Peribadi anda untuk memproses dan membalas permintaan anda untuk menghubungi dan mendapat maklumat. Asas undang-undang bergantung kepada jenis permintaan: yang diperlukan oleh kontrak, persetujuan anda atau kepentingan sah kami.
b. E-shop & Pesanan
Kami mengguna Data Peribadi anda untuk pendaftaran di eShop kami dan platform-platform lain untuk memproses pesanan anda, bayaran, invois dan memberi perkhidmatan pelanggan. Maklumat anda juga akan diproses oleh rakan peniaga penghasil kami dan untuk manghantar produk yang anda pesan serta untuk menjawab pertanyaan anda mengenai produk. Asas undang-undang kami adalah keperluan kontrak, persetujuan anda, pembelaan terhadap tuntutan undang-undang dan obligasi yang dikenakan oleh undang-undang, seperti penyimpanan invois sepanjang tempoh penyimpanan yang dikenakan oleh undang-undang.
Data Peribadi anda juga boleh digunakan untuk meningkatkan eShop dan untuk tujuan pemasaran berdasarkan kepentingan sah kami atau persetujuan anda sekiranya persetujuan dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.
c. Pemasaran Dalam Talian dan Luar Talian
Kami mungkin memaklumkan anda tentang produk and perkhidmatan kami, kursus latihan, acara dan soal selidik pelanggan dalam bidang pergigian. Kami juga mungkin melakukan analisis pelanggan, yang mungkin termasuk kombinasi data yang kami terima dalam talian dan luar talian daripada anda, untuk menyediakan maklumat atau tawaran yang disesuaikan serta kursus, acara dan kaji selidik kepuasan pelanggan yang mungkin anda berminat dalam bidang pergigian. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, asas undang-undang kami adalah persetujuan anda atau kepentingan sah kami. Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.
d. Pendaftaran Kursus & Acara
Kami mengguna Data Peribadi anda untuk menjalankan pendaftaran kursus dan acara, menyediakan perkhidmatan yang anda langgan, dan menghantar invois, berdasarkan persetujuan anda atau obligasi kami di bawah kontrak. Kami juga mungkin memberi maklumat kepada anda mengenai kursus atau acara tersebut berdasarkan persetujuan anda atau kepentingan sah kami bergantung pada keperluan undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Di mana terpakai dan dinyatakan, maklumat anda juga akan diproses oleh rakan erjasama kami untuk pelaksanaan dan/atau organisasi kursus dan acara tersebut. Kami juga mungkin memproses data berdasarkan obligasi-obligasi yang dikenakan oleh undang-undang untuk menyimpan data yang berkaitan dengan invois atau kontrak, kepentingan sah kami, dan pembelaan tuntutan undang-undang.
e. Permohonan Pekerjaan Dalam Talian
Apabila anda memohon jawatan kosong, latihan atau latihan amali dengan kami, sama ada secara langsung di laman web khusus kami, melalui agensi atau laman web pihak ketiga atau melalui rujukan, kami mengguna dan memproses alamat, maklumat hubungan dan data permohonan anda untuk tujuan memproses dan menilai permohonan anda, menghubungi anda dan menjalan temuduga. Asas undang-undang adalah persetujuan anda, keperluan kontrak, kepentingan sah atau kewajipan undang-undang kami untuk mengesahkan maklumat tertentu. Kami juga mungkin memproses maklumat untuk meningkat proses permohonan kami berdasarkan kepentingan sah kami.
f. Halaman Media Sosial
Straumann mempunyai akaun di media sosial, seperti Facebook, LinkedIn, TikTok dan Instagram. Ini memberi anda peluang untuk bertindak balas terhadap pos kami, memberi komen, membuat pos pengguna sendiri dan menghantar mesej peribadi kepada kami tentang kebimbangan peribadi. Untuk negara-negara EEA, beberapa aspek pentadbiran halaman media sosial tersebut dilakukan berdasarkan kawalan bersama mengikut terma yang disediakan oleh rangkaian media sosial tersebut, yang juga memperincikan intipati susunan dengan Straumann. Data yang anda berikan dalam konteks ini dan yang mungkin boleh diakses oleh kami (contohnya, nama pengguna, gambar, minat jika berkenaan, data hubungan, interaksi dengan halaman kami, suka dan komen pada pos kami, mesej langsung) akan digunakan oleh kami hanya untuk tujuan komunikasi pelanggan dan prospek berdasarkan kepentingan sah kami. Kami bertujuan untuk menyediakan platform untuk anda di mana kami boleh memaparkan maklumat terkini dan membantu anda menyampaikan permintaan anda kepada kami dan kami boleh membalas kepada permintaan anda dengan secepat mungkin.
g. Obligasi Pengawalseliaan dan Penyelidikan Saintifik
Sebagai pembuat sah peranti perubatan, Straumann adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang, peraturan dan piawaian global yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kesihatan pesakit yang bertahap tinggi serta peranti perubatan yang berkualiti dan selamat. Oleh demikian, Straumann dikehendaki untuk memastikan keselamatan, kualiti, dan keberkesanan produknya dengan mematuhi obligasi-obligasi berikut yang tidak menyeluruh: mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan, memaklumkan diri tentang dan menjejak, memantau dan melaporkan kesan advers, ujian dan penilaian klinikal, proses pelaporan dan pengawasan pascapasaran klinikal susulan, penyelenggaraan sistem pengurusan kualiti dan proses aduan kualiti. Apabila data dihantar kepada pihak berkuasa pengawalseliaan dalam konteks ini, ia sentiasa dalam bentuk agregat atau pseudonimisasi agar subjek data yang terlibat tidak boleh dikenal pasti. Asas undang-undang aktiviti pemprosesan ini adalah obligasi-obligasi kami yang dikenakan oleh undang-undang dan kepentingan awam dalam memastikan piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi untuk peranti perubatan dan rawatan penjagaan kesihatan, penyelidikan saintifik, dan pembelaan tuntutan undang-undang, atau obligasi undang-undang kami dan kepentingan sah kami dalam mematuhi undang-undang dan peraturan merentas sempadan yang terpakai bagi kami serta kepentingan awam dalam piawaian keselamatan peranti perubatan global serta pembelaan tuntutan undang-undang. Persetujuan subjek data mungkin merupakan asas yang terpakai di mana dikehendaki oleh undang-undang.
Penyelidikan saintifik, pembangunan produk dan penilaian klinikal juga mungkin dilakukan oleh Straumann, mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan, berdasarkan data dalam bentuk pseudonimisasi dan bersama semua dokumentasi serta maklumat yang diperlukan. Asas undang-undang untuk aktiviti pemprosesan tersebut adalah kepentingan sah kami dalam mencapai piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi untuk peranti perubatan kami, penjagaan kesihatan pesakit serta penyelidikan saintifik.
h. Data Statistik dan Penggunaan
Straumann mengguna maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan perisian berkaitan prestasi dan penggunaannya (“Data Penggunaan”) untuk menganalisis dan meningkatkan pemahaman mengenai penggunaan produk, perkhidmatan dan perisian tersebut melalui statistik (dalam bentuk agregat atau pseudonimisasi) untuk memperbaikinya, mencipta produk baru, untuk tujuan latihan, mengoptimumkan penggunaannya dan akhirnya untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada pengguna. Straumann mungkin memperolehi Data Penggunaan tersebut secara langsung melalui anda menguna produk, perkhidmatan dan perisian kami atau melalui OEM jika pengguna membeli produk berkaitan melalui Straumann atau telah berhubung dengan produk, perkhidmatan atau perisian tersebut melalui platform atau laman web kami. Asas undang-undang adalah persetujuan anda atau kepentingan sah kami.
i. Rujukan
Melalui penggunaan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin boleh merujuk, atau memberi akses kes pesakit kepada profesional penjagaan kesihatan lain. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa anda telah memperoleh semua persetujuan dan notis maklumat yang sesuai untuk memberi akses kepada profesional penjagaan kesihatan tersebut ke kes pesakit tersebut. Anda menjamin kepada Straumann bahawa anda hanya akan merujuk atau memberi akses kepada kes pesakit tersebut dengan cara yang sah dan mengikut undang-undang, peraturan dan piawaian profesional yang terpakai kepada anda.
j. Rekod Rawatan Implan
Profesional penjagaan kesihatan yang menggunakan perkhidmatan pengurusan kualiti amalan pergigian melalui Implant Registry yang tersedia di Straumann AXS Platform, (iaitu platform di mana profesional penjagaan kesihatan boleh mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan Straumann Group dan rakan kongsi pihak ketiga) boleh merekod maklumat produk dan rawatan dulu dan berterusan yang berkaitan dengan pesakit mereka, tertakluk kepada syarat perkongsian data yang lain ditetapkan dalam Terma Pengguna AXS. Untuk tujuan tersebut, profesional penjagaan kesihatan yang berkenaan akan memberi anda maklumat tambahan mengenai privasi anda.
4. Data Pesakit
Perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh Straumann, seperti rawatan ortodontik atau perkhidmatan AXS platform, memerlukan data pesakit. Kami memproses sebarang data peribadi yang diberikan dengan selamat dan dengan segala penjagaan yang diperlukan seperti yang diterangkan di Seksyen 3 di atas atau seperti yang diterangkan selanjutnya dalam Notis Privasi ini. Kami meminta anda untuk hanya memberikan data peribadi jika dan di mana diperlukan. Sila jangan menggunakan maklumat yang boleh dikenalpasti secara langsung, seperti nama pesakit, dalam medan rujukan.
Kecuali jika dipersetujui sebaliknya dengan Straumann, anda dianggap sebagai pengawal data bebas untuk perkhidmatan dan rawatan penjagaan kesihatan yang anda berikan dan mempreskripsikan kepada pesakit anda. Anda menjamin bahawa di mana dan bila diperlukan oleh undang-undang, anda telah memperoleh persetujuan pesakit yang sewajarnya untuk rawatan perubatan pesakit anda dan telah memberi dia notis maklumat perlindungan data yang sewajarnya. Jika data peribadi dikongsi di luar saluran khusus yang disediakan oleh Straumann, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data tersebut dikongsi dengan cara yang selamat dengan menggunakan penyulitan yang sewajarnya.
5. Maklumat Mandatori
Jika borang pengumpulan data mengandungi medan data yang ditandakan sebagai mandatori atau dengan asterisk (*), maklumat tersebut sama ada diperlukan oleh undang-undang atau kontrak atau mungkin diperlukan untuk penutupan kontrak, penyediaan perkhidmatan atau pemenuhan tujuan yang dinyatakan. Jika anda tidak memberi maklumat yang diperlukan, ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat memenuhi kontrak, perkhidmatan yang diminta tidak dapat diberikan atau tujuan yang dinyatakan tidak dapat dicapai.
6. Dengan siapa kami berkongsi data anda?
Data Peribadi anda dan data peribadi pihak ketiga yang anda beri kepada kami mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal dan rakan kerjasama lain yang digunakan oleh Straumann untuk memproses pesanan, permintaan dan pendaftaran anda untuk kursus dan acara. Data Peribadi tersebut juga mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Straumann, termasuk, sebagai contoh, pencetak, pusat surat, pusat panggilan, agensi pengiklanan, penyedia perkhidmatan internet dan IT, rakan kongsi pensijilan, badan yang diberitahu dan pusat data. Di samping itu, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan afiliat lain dalam Straumann Group, terutamanya untuk tujuan sokongan, pemprosesan, pembekalan atau pemasaran.
Penyedia perkhidmatan, pembekal dan rakan kerjasama kami hanya boleh memproses Data Peribadi anda untuk tujuan kami. Sebarang perkongsian Data Peribadi dengan pihak ketiga dan afiliat tertakluk kepada mereka mematuhi terma privasi dan kerahsiaan kami.
Sebahagian atau semua penyedia perkhidmatan, pembekal dan rakan kerjasama kami mungkin berada di luar negara tempat kediaman anda, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini atau terma perlindungan data yang terpakai. Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke entiti lain dalam Straumann Group dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang berada di negara-negara seperti USA, Kanada, Switzerland, negara-negara EU. Piawaian perlindungan data dan undang-undang di negara-negara tersebut mungkin berbeza dari negara tempat kediaman anda. Untuk pemindahan tersebut, Straumann akan memastikan bahawa perlindungan yang mencukupi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai dilaksanakan. Straumann akan bergantung kepada Klausa Kontrak Standard untuk pemindahan ini jika penerima tidak tertakluk kepada keputusan kecukupan dan tiada pengecualian yang terpakai. Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan lanjut, termasuk di mana untuk mendapatkan salinan.
7. Hak anda untuk membantah pemprosesan
Anda berhak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, berdasarkan alasan yang berkaitan dengan situasi anda, tertakluk kepada keperluan undang-undang atau hak undang-undang yang terpakai.
Jika anda membantah pemprosesan data anda atau ingin membatalkan persetujuan yang diberi, sila hantar mesej ringkas kepada alamat e-mel atau alamat pos yang dinyatakan di Seksyen 9.
8. Fail log pelayan dan kuki
Setiap kali pelawat mengakses laman web kami, data tentang proses ini akan disimpan sementara dalam fail log (Fail Log Pelayan) dan diproses. Fail log menyimpan maklumat berikut:
· deskripsi jenis dan versi pelayar web yang digunakan
· sistem pengendalian yang digunakan
· kategori URL perujuk
· nama hos terminal yang mengakses
· tarikh dan masa permintaan pelayan
· alamat IP.
Alamat IP adalah alamat nombor bagi peranti teknikal anda (komputer atau peranti mudah alih) yang digunakan untuk akses internet dan laman web kami. Alamat IP membolehkan komunikasi antara komputer dan pelayan. Pemprosesan data log pelayan oleh Straumann adalah diperlukan atas sebab teknikal, analisis laman web dan penambahbaikan serta untuk memastikan keselamatan sistem.
Seperti banyak syarikat lain, kami juga menggunakan teknologi yang dikenali sebagai "kuki" dan teknologi sebanding pada laman web kami dan dalam aplikasi kami. Kuki adalah fail kecil yang dihantar ke dan disimpan pada peranti anda dan disediakan untuk diambil semula pada masa hadapan. Kami menggunakan kuki kekal yang akan kekal pada peranti anda apabila anda meninggalkan laman web Straumann, dan kuki sesi yang akan luput apabila sesi pelayaran tamat, atau anda memilih menutup tetingkap pelayar. Setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan teknologi ini. Kami juga akan memberitahu tentang siapa yang boleh meletak dan/atau membaca kuki, serta maklumat lain yang diperlukan mengikut undang-undang perlindungan data yang terpakai. Sekiranya undang-undang yang terpakai tidak memerlukan persetujuan, kami bergantung kepada kepentingan sah kami dalam memudahkan dan memastikan ciri teknikal, interaksi dengan laman web dan aplikasi kami mesra pengguna dan untuk mencocokkan keperluan anda secara optimum atau untuk menilai lawatan ke laman web kami untuk tujuan pemasaran dan pengoptimuman.
Anda boleh mengurus kuki dengan memadam kuki dari peranti anda: anda boleh memadamkan semua kuki yang sudah ada pada peranti anda dengan membersihkan sejarah pelayaran pelayar anda. Ini akan menghapuskan semua kuki dari semua laman web yang telah anda lawati. Sila maklum bahawa anda mungkin juga hilang maklumat yang disimpan (contohnya, maklumat log masuk yang disimpan, tapak web pilihan). Anda juga boleh mengurus kuki khusus tapak web di tetapan privasi dan kuki di pelayar pilihan anda. Anda boleh menetapkan di kebanyakan pelayar moden untuk menghalang sebarang kuki diletakkan pada peranti anda, tetapi anda mungkin perlu melaras beberapa pilihan secara manual setiap kali anda melawat tapak/halaman, dan beberapa perkhidmatan serta fungsi mungkin tidak berfungsi dengan baik (contohnya, log masuk profil).
9. Maklumat dan pelaksanaan hak privasi
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda, kami akan membantu dengan senang hati.
Sebagai tambahan, anda mungkin berhak untuk meminta pengesahan tentang sama ada kami menyimpan sebarang Data Peribadi anda dan mengakses data tersebut, pembetulan, pemadaman, had pemprosesan, pembatahan terhadap pemprosesan dan hak data mudah alih, tertakluk kepada keperluan atau hak undang-undang di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai.
Untuk setiap kes, sila hubungi kami di alamat berikut:
Melalui pos surat: Straumann Group & ClearCorrect Singapore Pte Ltd, 250 North Bridge Road, #19-05, Raffles City Tower, Singapore 179101
Atau ke alamat pos subsidiari Straumann Group yang beroperasi di negara tempat kediaman anda.
Anda juga boleh menghubungi pegawai perlindungan data kami di: privacy.apac@straumann.com
Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang hak-hak privasi anda atau ingin membuat aduan, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa pengawasan perlindungan.
10. Pindaan
Kami berhak mengemaskini notis privasi ini dari semasa ke semasa. Notis privasi yang dipinda akan diterbit di laman web ini dengan tarikh versi baru. Oleh itu, sila baca notis privasi ini apabila anda melawat kami semula. Akses dan penggunaan laman web Straumann serta sebarang data yang dikumpul daripadanya adalah tertakluk kepada notis privasi yang diterbit di laman web pada masa anda melawat laman web kami.
Jadual 1 Terma Spesifik Negara
Thailand:
Perenggan berikut ditambah di akhir perenggan 2 Seksyen 3:
Pengecualian tersebut termasuk di mana anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan atau pendedahan sekunder tersebut, atau di mana anda secara munasabah menjangkakan penggunaan atau pendedahan sekunder tersebut, dengan syarat penggunaan atau pendedahan sekunder itu berkaitan dengan tujuan utama pengumpulan (atau dalam kes maklumat sensitif, dengan syarat penggunaan atau pendedahan sekunder itu berkaitan secara langsung dengan tujuan utama pengumpulan).
Korea:
Perenggan berikut ditambah di akhir Seksyen 3:
Setelah tujuan pemprosesan data peribadi dipenuhi, data akan dimusnahkan dengan secepat mungkin mengikut tempoh simpanan yang dibenarkan oleh undang-undang. Data peribadi anda akan dipadam atau dimusnahkan selepas tempoh simpanan tamat. Data peribadi yang dicetak atas kertas akan dimusnahkan dengan cara dikoyakkan atau dibakar, atau dilarutkan untuk memusnahkan dengan rawatan kimia, dan data peribadi yang disimpan dalam fail elektronik akan dipadamkan menggunakan kaedah teknikal oleh itu rekod tersebut tidak boleh dipulihkan.
Seksyen 9:
Alamat pos digantikan dengan:
Straumann Dental Korea Inc.
1005 Korea Trade Tower
06164 Seoul
South Korea
Alamat E-mel digantikan dengan: privacy.apac@straumann.com
Jepun:
Jika anda mengguna perkhidmatan kami di Jepun, terma-terma tambahan dan pindaan-pindaan berikut akan terpakai.
Entiti Straumann di Jepun:
Entiti yang memproses Data anda yang diperoleh di Jepun adalah:
Nama: Straumann Japan K.K.
Alamat: Mita Bellju Bldg. 6F108-0014 Tokyo, Japan
Pewakil: Yuko Kitamoto
Maklumat Berhubung: privacy.apac@straumann.com
Jika ada pertanyaan atau aduan mengenai pengendalian Data anda atau untuk meminta menjalankan salah satu hak privasi yang diterang dalam Notis Privasi Pesakit ini, sila hubungi [nama orang atau jabatan yang bertanggung jawab], di [e-mel atau nombor telefon].